Monday, February 10, 2014

Khairy pun pening kepala dengan gejala samseng dalam bola sepak negara

Tumbuk sana...tumbuk sini...sepak sana..sepak sini...kalau bola yang disepak, tak per lah..ini orang yang disepak..sampai si Khairy pun pening dibuatnya..
Lumut: Sikap fanatik serta trend samseng bola sepak yang semakin menular di kalangan peminat sukan tanah air sedikit sebanyak menjejaskan kerancakan saingan kejohanan berprestij bola sepak Malaysia. Perkara itu diakui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) yang turut meluahkan perasaan bimbang dan takut apabila mendapati trend samseng bola sepak semakin menular di kalangan peminat sukan itu. 
Menurutnya, langkah segera perlu diambil bagi menangani trend penyokong fanatik bola sepak tempatan yang ketika ini dilihat semakin berani bertindak ganas dan membahayakan keselamatan penonton lain. 
“Kita tidak mahu ada gejala ‘hooligan’ di stadium sebagaimana yang berlaku di Eropah sebelum ini yang bertindak samseng. Saya agak risau dengan trend penyokong bola sepak yang saya lihat kini semakin ganas. 
“Saya akan meminta kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk sama-sama menangani masalah ini,” katanya. kepada pemberita selepas merasmikan Retreat Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam. Majlis turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir. 
Khairy berkata peminat bola sepak sepatutnya pergi ke stadium tanpa berasa takut dan risau akan keselamatan mereka namun berikutan timbul beberapa kekacauan membabitkan penyokong pasukan bola sepak tempatan sama ada ketika atau selepas permainan selesai sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai tanggapan negatif. 
Mengulas insiden berlaku di luar Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam Jumaat yang berpunca daripada kehadiran segelintir ‘samseng bola sepak’ yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dengan melakukan provokasi, Khairy berkata pihaknya dengan bantuan FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk utama stadium bagi memastikan benda larangan yang boleh mendatangkan kemudaratan tidak dibenarkan dibawa masuk. - myMetro

Jangan sampai FIFA masuk campur dengan perkara ini..nanti Malaysia kena ban dari menyertai temasya sukan bola sepak antarabangsa, baru korang tau langit tu tinggi ker rendah...kalau kena ban, lagi lah teruk nanti...kalau pemain dan peminat dua-dua amalkan 'samseng bola sepak', ditambah lagi dengan FAM yang perlu kena pam...tak hairanlah kenapa prestasi sukan bola sepak negara makin kebelakang...kita banyak pemain berkualiti..cuma..ada aral melintang...lu pikiq la sendiri..

Lagi Info menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger