Monday, February 24, 2014

Brazil dah mula risau dengan keadaan pemain mereka di Malaysia

FAM...pleas take note..pemain Brazil ni dah mengadu kat keduataan mereka di Malaysia. Kes Larkin belum selesai lagi ker?
MARIA (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama Flor (dua dari kanan), Evaldo (kiri) dan Impagliazzo.
Kuala Terengganu: Adakah pemain bola sepak Brazil selamat bermain bola sepak di negara ini. Itu yang dipersoalkan Duta Brazil di Malaysia Maria Auxiliadora Figueirado. 
Semalam, beliau datang ke negeri ini bagi mengadakan perjumpaan dan meminta penjelasan pihak pengurusan T-Team dengan membincangkan soal keselamatan terutama berhubung pemain bola sepak kelahiran Brazil. 
Penyerang T-Team Evaldo Rodrigues didakwa ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 1 Februari lalu. 
Dalam insiden pada separuh pertama saingan Piala FA menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu turut membabitkan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang ditendang di pangkal paha oleh seorang anggota keselamatan. 
Maria berkata, tugas kedutaan adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Brazil yang tinggal di negara asing dalam kedudukan selamat. - myMetro

Jangan saja lepas ni persatuan bola sepak Brazil pula ambil tindakan untuk mengharamkan pemain mereka untuk bermain di negara ini.

 Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger