Thursday, February 27, 2014

TMJ mengaku tidak adil, sedar diri tak layak jadi Presiden FAM

Kalau dia jadi Presiden FAM, alamatnya hancur lah kualiti bola sepak negara...tapi kalau dia berusaha untuk memperbaiki diri agar lebih bersikap adil, mungkin suatu hari nanti, TMJ akan jadi presiden FAM. Ini diakui sendiri oleh Tunku Ismail ketika menjelaskan pendiriannya sekiranya dipelawa untuk menggalas tugas penting tersebut.

Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mengesahkan tidak akan menerima pelawaan untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres badan induk bola sepak negara itu, 25 Mei ini. 
Tunku Ismail, 29, yang ditemui berkata, beliau belum layak untuk memegang jawatan tertinggi itu sebaliknya lebih berminat memberi cadangan dan pandangan bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.  
“Saya tidak layak. Saya masih belajar lagi, macam mana hendak mentadbir persatuan bola sepak negara. Saya rasa masa dan pengorbanan saya lebih kepada Johor.  
“Kenapa saya kata saya tak layak jadi presiden atau memegang apa jua jawatan dalam FAM, kerana saya tahu saya akan melebihkan Johor. Orang yang menjadi Presiden FAM kena berlaku adil kepada semua persatuan bola sepak negeri atau kelab. 
“Saya rasa saya tidak akan adil. Saya mengaku saya tidak adil kerana akan melebihkan Johor, justeru saya tak layak jadi Presiden FAM,” kata Tunku Ismail. - mymetro

Lagi Info Menarik:
Adakah orang besar suka burger besar? 

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger