Tuesday, February 4, 2014

Ong Kim Swee kekal menjadi jurulatih Harimau Malaya

Memang satu keputusan yang sudah dijangka. Selepas FAM gagal mengikat jurulatih lebih berpengalaman dari Perancis, Philippe Troussier, akhirnya mereka sebulat suara untuk mengekalkan Ong Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya. 
Kim Swee 
Kelana Jaya: Lupakan Philippe Troussier dan berikan peluang kepada Datuk Ong Kim Swee untuk membuktikan kemampuannya membimbing skuad Harimau Malaya.
Keputusan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam selepas mereka mengesahkan tiada lagi rundingan untuk mendapatkan khidmat pengendali dari Perancis itu apabila rundingan diadakan minggu lalu gagal mencapai persetujuan.
Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Kim Swee akan kekal sebagai jurulatih sementara namun tidak menafikan peluang jurulatih Harimau Muda itu untuk dilantik secara tetap jika skuad kebangsaan mencapai keputusan positif sepanjang tahun ini termasuk ujian awal perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Filipina pada 1 Mac ini sebelum berdepan Yaman dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015 empat hari kemudian.
“Memang kami ada mengadakan perbincangan dengan Troussier minggu lalu, tapi tidak mendapat seperti apa yang diinginkan jadi kami sudah tidak mahu 'memburunya' lagi. Memang kami akan ada tambahan calon (jurulatih import) daripada 42 calon asal tapi buat masa ini biarlah Kim Swee melaksanakan tugas diberikan.
“Kami yakin dengan kemampuannya, siapa tahu beliau akan menjadi ketua jurulatih (tetap) selepas ini. Beri beliau peluang untuk buktikan dirinya sebagai jurulatih terbaik di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam. - myMetro
Mampukah Ong Kim Swee membuat perubahan positif terhadap skuad kebangsaan? Tunggu dan lihat saja..Tapi jika dinilai dari segi prestasi skuad bimbingannya ketika ini iaitu Harimau Muda A, pencapaian mereka tak lah begitu mantap sangat. Dalam saingan sukan SEA lalu di Myanmar, skuad Kim Swee sekadar meraih tempat ke-empat selepas ditumpaskan Singapura dalam penentuan pingat gangsa...

Wahai FAM, kalau pun Kim Swee jurulatih terbaik di Malaysia, itu tak cukup..peminat bola sepak nak kan jurulatih terbaik yang mampu membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia...tak kan nak kekal di takuk lama saja..tak kan asyik-asyik kat AFF saja..tu pun masih tak konsisten..kita nak mutu bola sepak negara kita maju seperti Jepun dan Korea..dulu, mereka gerun dengan pasukan negara..sekarang mereka jauh ke depan..dan berulang kali masuk World Cup pun..entah bila lah, Malaysia boleh lepas..nak tunggu sampai jadi tuan rumah kot...semata-mata untuk dapatkan automatic entry..kalau hebat macam Brazil, tak per lah juga..

Gua cakap memang senang...gua tau ianya sesuatu yang sukar..tapi itulah gunanya ada FAM..dah tugas mereka untuk tingkatkan prestasi sukan bola sepak negara...entah apa masalah FAM ini..asal ada isu, lambat buat tindakan..tu isu JDT dan T-Team pun belum lagi selesai lagi..haih!!! 

Gua emo kejap..yang bikin hiburkan hati ini hanyalah Chelsea...yeah!!! semalam Chelsea kalahkan City di Ettihad...padan muka..hohoho


 

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger