Saturday, May 24, 2014

Keputusan final Liga Juara Eropah: Madrid mana satu?

Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah musim 2013/2014 di antara Real Madrid dan Atletico Madrid akan berlangsung awal pagi esok, jam 2.45am.

Pasukan Madrid mana satu kah yang akan menang? Adakah Real atau Atletico? Kedua dua pasukan ini datang dari bandar yang sama tapi mempunyai perbezaan yang ketara terutama dari segi populariti pemain dan status kewangan kelab.

Real Madrid mempunyai ramai pemain ternama dan bertaraf bintang seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Karim Benzema, dan sebagainya. Selain itu, Real juga mempunyai status kewangan yang cukup utuh dan merupakan antara kelab bola sepak terkaya di dunia.
Diego Simeone
Manakala Atletico pula mengalami masalah kewangan sejak musim lalu dan mempunyai barisan pemain kurang ternama. Namun jurulatih mereka, Diego Simeone berjaya mentransformasikan kelab itu menjadi salah satu kelab paling digeruni ketika ini. Minggu lalu, mereka baru sahaja dinobatkan sebagai juara baru Liga Sepanyol sekaligus memecahkan rekod penguasaan Barcelona dan Real Madrid yang saling bertukar tangan menjuarai gelaran itu sejak 2004.

Adakah Atletico bakal mencipta satu lagi sejarah dalam arena bola sepak Eropah atau Real yang akan menambah satu lagi koleksi siri piala Liga Juara mereka? We'll see...

Keputusan akhir Liga Juara Eropah:

Real Madrid 4-1 Atletico Madrid

Lagi Info Menarik:

1 comments:

  1. Your method of explaining everything in this article is genuinely fastidious, every
    one can without difficulty know it, Thanks a
    lot.

    Here is my web blog :: cheap plus size wedding dresses (cheap-plus-size-wedding-dresses.fmea-investigator.com)

    ReplyDelete

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger