Sunday, June 15, 2014

BBC sempat buat lawak ketika England kalah 1-2 kepada Italy

Fuh! Saya dah melepas tengok perlawanan pertama Brazil sampailah kepada perlawanan Uruguay vs Costa Rica awal pagi tadi sebab terlalu penat baru bali dari Bali..

Nasib baik sempat juga tengok classic match antara England dan Italy jam6.00 pagi..dalam match tu, gua berharap lah supaya England boleh menang sebab dalam tempoh sepuluh minit pertama, mereka banyak buat percubaan bahaya..

BBC pula sempat buat 'lawak' yang boleh membuatkan penyokong England gigit jari..Pada minit ke-3, Sterling telah membuat satu sepakan deras dari luar petak penalti yang terkena jaring gawang Italy..memang nampak macam dah gol tapi sebenarnya tidak sebab bola tu kena jaring dari sebelah luar..TAPI mungkin teknikal BBC nampak bola tu dah masuk gol sampai siap beri scoreboard 1-0 kepada England...nasib baik sempat diperbetulkan...terdesak sangat kot nak England menang awal..Hohoho...

Anyway, keputusan Piala Dunia 2014 Kumpulan D, Uruguay 1-3 Costa Rica, England 1-2 Italy..

P/s: Saya tak tengok BBC..saya tengok Astro Arena saje..info ni dari Metro UK..

Lagi Info Menarik:

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger