Sunday, June 29, 2014

Kurang pedas..Chile tewas kepada Brazil

Nampaknya Brazil dapat menahan kepedasan Chile selepas berjaya menewaskan pasukan itu di peringkat 16 pasukan terakhir.
Bagaimanapun, Brazil terpaksa bergantung kepada tuah apabila perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga 120 minit perlawanan tamat.

Brazil menang 4-3 dalam penentuan sepakan penalti. Kemenangan ini sekaligus memastikan slot ke suku akhir buat pasukan tuan rumah piala dunia 2014 itu. Gol pertama Brazil dijaringkan oleh David Luiz pada minit ke-18 tetapi disamakan oleh Alexis Sanchez sebelum separuh masa pertama tamat.
Chile yang kurang pedas (sekadar gambar hiasan)

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger