Tuesday, June 17, 2014

I dah cakap, Jerman memang akan mengganas di World Cup

Dulu masa Reuss tercedera teruk beberapa hari saja sebelum bermula piala dunia semasa beraksi dalam perlawanan pemanas badan, I dah agak yang ini petanda Jerman akan mengganas di World Cup..ceeewah!!

Walaupun masih awal, tapi memang Jerman mempunyai kualiti sebagai calon juara piala dunia kali ini..awal pagi tadi Jerman berjaya membelasah Portugal dengan jumlah jaringan yang agak besar 4-0. Tahniah kepada Muller yang berjaya meledak hatrik pertama di piala dunia 2014. Takziah kepada penyokong Portugal..hohoho
Muller meledak hatrik untuk Jerman di Piala Dunia menentang Portugal
Jerman memberi amaran awal dalam pertandingan Piala Dunia 2014 apabila langsung tidak memberi ehsan kepada Portugal untuk menang 4-0. 
Keputusan Joachim Loew meletakkan Thomas Muller sebagai penyerang utama menjadi pulangan berbaloi apabila bintang Bayern Munich itu melakar hatrik dengan jaringan pada minit ke-12, 45 dan 78 manakala satu lagi sumbangan Mats Hummels.  
Semangat Portugal untuk mencari gol awal hanya bertahan beberapa minit sahaja sebelum Jerman membuktikan betapa rapuhnya pertahanan lawan mereka.  
Kesilapan penjaga gol, Rui Patricio gagal dimanfaatkan Sami Khedira walaupun pintu gol sudah terbuka luas buatnya.  Muller meletakkan Jerman dihadapan menerusi sepakan penalti sebelum tandukan Hummels menjadikan kedudukan 2-0.  
Pemain pertahanan, Pepe memburukkan lagi pasukan kendalian Paulo Bento itu apabila hilang sabar lalu menanduk kepada Muller yang ketika itu terduduk di atas padang sehingga memaksa pengadil melayangkan kad merah.  
Muller bagaikan sukar disekat dan meletakkan Jerman dalam kedudukan selesa dengan bekalan tiga gol sebelum separuh masa pertama berakhir. Keadaan tidak berubah apabila Muller melengkapkan hatriknya dengan tindakan penyudah dari jarak dekat. - stadiumastro

Tak per, masih ada dua lagi perlawanan peringkat kumpulan..bola itu bulat, apa-apa pun boleh berlaku. Macam Spain juga dulu, kalah perlawanan pertama tapi berakhir sebagai juara..kita tak tau kan..mungkin si Panda sang peramal tu tau..cuba tanya dia...

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger