Siyes!! gua ramalkan at least Sepanyol boleh masuk quarterfinal or semifinal memandangkan reputasi mereka yang telah memenangi dua gelaran EURO dan satu gelaran piala dunia dalam tempoh 8 tahun...tapi apakan daya, bola itu bulat, yang tidak dijangka akan berlaku bila bila..
> Novel grafik dari kereta Lexus yang awesom gila di Damansara
Sepanyol diasak Chile |
Juara bertahan Sepanyol tersingkir awal apabila giliran skuad kerdil Chile pula menconteng arang ke muka mereka dengan kemenangan 2-0. Kemenangan bersejarah ini menyaksikan Chile bakal mengiringi Belanda untuk ke pusingan kalah mati selepas meraih dua kemenangan.
Anak buah Vicente Del Bosque itu melakukan rombakan di bahagian pertahanan di mana Gerard Pique diletakkan dibangku simpanan, terus meminggirkan Xavi tetapi mengekalkan Diego Costa dan Iker Casillas.
Namun jelas keyakinan Sepanyol masih goyah apabila hampir menjaringkan gol sendiri seawal minit pertama. Kegusaran itu menjadi kenyataan apabila juara bertahan itu menerima tamparan apabila Eduardo Vargas meledak gol pertama hasil kesilapan benteng Sepanyol ketika perlawanan berusia 19 minit.
Chile seharusnya diberi kredit kerana kerjasama mereka mempertahankan kubu mereka sehingga menyukarkan Sepanyol. Costa pula terlepas peluang menarik tetapi rembatannya kurang tepat dan hanya menggegar jaring pasukan lawan dari sebelah tepi.
Pada minit ke-43, Chile menambah luka Sepanyol dengan jaringan kedua mereka akibat kegagalan Iker Casillas menumbuk bola ke kawasan selamat. Akibatnya bola singgah tepat di kaki Charles Aranguiz yang begitu tenang menyempurnakan peluang tersebut.
Sepanyol menyambung perlawanan dengan hantaran lebih pantas tetapi masih belum dapat mencipta gerakan hebat. Melewati sejam perlawanan barulah kelibat Fernando Torres dipertaruhkan. Tetapi ia masih gagal mengubah keputusan perlawanan kerana apa yang diperlukan Sepanyol adalah sentuhan kreatif ke dalam gol. Malah pada m68, Mauricio Isla hampir sahaja menjadikan kedudukan 3-0 namun sepakannya melambung tinggi.
Walaupun Sepanyol berusaha untuk bangkit, tetapi segalanya terus tidak menjadi. Kini Sepanyol akan beraksi perlawanan berikut bertemu Australia dengan harapan mengelak untuk mengulangi pencapaian buruk Perancis pada 2002 dan Itali 2010. - stadiumastro
Lagi Info Menarik:
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...