Friday, June 20, 2014

Uruguay 2 - 1 England: Suarez menangisi Gerard

Nampaknya England juga kini berada di hujung tanduk selepas mengalami kekalahan kedua peringkat kumpulan di Piala Dunia 2014 kepada Uruguay 2 -1. Perlawanan ini turut membuatkan beberapa pemain kedua-dua pasukan berasa hiba ekoran dilema yang dialami. Macam Suarez dengan Gerard yang bermain untuk kelab Liverpool tetapi beraksi untuk negara masing-masing. 
Suarez dan Gerard kawan tapi lawan
Penyerang Uruguay, Luis Suarez tidak dapat menyekat air matanya daripada keluar apabila terpaksa menghampakan rakan sepasukan di Liverpool dengan mencetak dua gol. Dalam pada masa yang sama penyerang tersebut berpendapat kemenangan ke atas England berjaya menjawab kritikan yang dilemparkan susulan kekalahan kepada Costa Rica.  

"Saya mengimpikan gol-gol itu. "Kami begitu menderita. Tapi kami menang dan itu lebih penting. Kami bakal menempuhi cabaran getir untuk bertemu Itali, yang merupakan perlawanan lebih sukar. 
"Kepada yang mengkritik kami, inilah dia," terang pemain berusia 27 tahun itu. Suarez turut mendedahkan dia bergelut di penghujung perlawanan.  

"Saya mengalmi kekejangan lebih 10 minit sebelum gol kedua saya. 

"Tetapi sesuatu berkata kepada saya bahawa saya tidak boleh meninggalkan padang. Ketika meraikan gol pertama, saya berkata kepada ahli terapi kerana jika bukan kerana dia, saya mungkin tidak dapat bermain di Piala Dunia." - stadiumastro

P/s: So, kedua-dua pasukan kegemaran Najib iaitu Sepanyol dan England dah bungkus awal...hohoho...at least England masih ada harapan kalau dapat jaringkan banyak gol di perlawanan terakhir...tapi kalau Italy dan Costa Rica seri lepas ni..maka bye bye lah England..

Novel grafik dari kereta Lexus yang awesom gila di Damansara 

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger