Thursday, October 16, 2014

Luis Suarez terima anugerah Kasut Emas

Tahniah diucapkan kepada Luis Suarez selaku penerima anugerah Kasut Emas selepas berjaya menjaringkan gol terbanyak musim lalu ketika bersama Liverpool. Suarez telah menjaringkan 31 gol untuk Liverpool dan menyamai jumlah gol yang dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo untuk Real Madrid. Anugerah itu disampaikan sendiri oleh bekas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.
Dalglish menyampaikan Kasut Emas kepada Suarez (via teamtalk)
Pemain antarabangsa Uruguay ini bakal membuat kemunculan pertamanya bersama Barcelona dalam saingan La Liga selepas berpindah dari Liverpool dan selepas menjalani hukuman gantung empat bulan oleh FIFA.

Suarez digantung semua perlawanan bola sepak selama empat bulan selepas didapati bersalah menggigit Giorgio Chiellini ketika beraksi di Piala Dunia Brazil Jun lalu.

Dan yang paling menarik, kemunculan pertamanya ini di La Liga bakal menyaksikan pertembungan El Clasico antara Barcelona dan Real Madrid pada 26 Oktober depan.

Perlawanan ini pasti menarik..

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger