Wednesday, October 22, 2014

(VIDEO) Pemain bola sepak maut selepas meraikan gol

TINDAKAN melakukan somersault untuk meraikan gol bukan tindakan yang bijak apabila meragut nyawa seorang pemain tengah Bethlehem Vengthlang FC, Peter Biaksangzuala.

Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kelmarin di sebuah hospital di Mizoram, akibat mengalami kecederaan saraf tulang belakang yang teruk.

Dia melakukan lompatan somersault sebagai merai gol penyamaan dalam perlawanan menentang Chanmari West FC semasa Liga Perdana Mizoram (MPL) Selasa lalu.

Menurut setiausaha Persatuan Bola Sepak Mizoram (MFA), Lalnghinglova Hmar, pemain bola sepak India tersebut mendarat dengan kekok dan tidak sedarkan diri selepas membuat lompatan.
“Kami ada mempertimbangkan pilihan untuk menerbangkannya ke Delhi, namun keadaannya sangat teruk. Dia kerap tidak sedarkan diri dan hanya boleh menyebut beberapa patah perkataan,” katanya kepada sebuah agensi berita.

Sementara itu, pihak Bethlehem Vengthlang FC membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan jersey bernombor 21 sebagai penghormatan kepada Biaksangzuala.

Selain itu Hmar memberitahu, MFA akan menganjurkan perlawanan sempena memperingati pemain tersebut.

Dalam pada itu, FIFA menggesa Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) untuk meluluskan peraturan tambahan terhadap pemain yang meraikan gol.

“Kejadian ini merupakan tragedi dalam bola sepak, dan kami sangat bimbang mengenainya. Ia merupakan tanggungjawab kepada IFAB untuk membuat sebarang pindaan terhadap Undang-undang Permainan,” jelas FIFA. - SH

Di bawah merupakan rakaman video pemain itu terbunuh ketika meraikan jaringan gol. Sungguh malang tidak berbau..

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger