Andy van der Meyde ketika bersama Everton |
Kali ini nak cerita pasal bekas pemain Everton yang kini sudah pun bersara. Andy van der Meyde bercakap mengenai kisah hitam dalam hidupnya selama menjadi pemain bola sepak terkemuka di rancangan 'Wasted', siaran radio BBC.
Andy van der Meyde, 33, merupakan antara pemain sayap paling digeruni selepas Luis Figo sepanjang kariernya dalam sukan bola sepak. Beliau pernah bergandingan dengan pemain-pemain hebat seperti Wesley Sneijder, Zlatan Ibrahimovic, dan Rafael van der Vaart ketika menyarung jersi Ajax.
Namun selepas bergelut di Inter Milan, dia berpindah ke Everton di mana hidupnya mulai kucar kacir dengan pelbagai masalah dan alkohol. Selepas tamat kontrak dengan Everton pada 2009, dia mulai mengambil dadah.
Van der Meyde berkata mengenai permulaan masalahnya:
" Saya tidak keluar hingga tahun kedua saya berada di Italy apabila saya tahu saya tidak akan bermain lagi. Bagi saya, ia merupakan satu jalan keluar jadi saya telah keluar rumah serta minum arak dan saya tidak memikirkan langsung tentang bola sepak. Saya tertekan, saya tidak bermain lagi"
Van der Meyde bercakap tentang kehidupan seorang pemain bola sepak:
"Tiada had lagi, anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu. Anda hampir seperti tuhan kepada para peminat dan apabila saja mereka melihat anda di jalanan, mereka mengenal anda dan inginkan autograf. Ia seperti anda seorang raja. Anda punyai banyak wang dan ia datang dengan mudah"
Van der Meyde bercakap tentang kecurangannya:
"Saya katakan pada bekas isteri saya bahawa saya hendak pergi ke hotel kerana saya cedera dan perlukan waktu rehat. Tapi itu bukan hal sebenar - saya curang kepadanya. Selepas seminggu saya sering pulang ke rumah dan mendapatkan lebih banyak baju dan isteri saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba untuk mengekori saya dengan kereta tetapi saya memandu sedikit laju jadi mereka tidak dapat mengejar saya. Suatu hari saya pulang ke rumah dan mereka memasang pengesan di kereta dan memudahkan mereka mengikuti saya ke apartmen tempat tinggal saya di Liverpool. Saya tinggal di tingkat paling atas dan anda boleh melihat apa sahaja yang saya buat. Seorang penyiasat upahan mempunyai gambar dan video saya bersama teman wanita baru saya dan kemudia isteri saya menelefon sambil berkata 'Apa kabar teman wanita baru kamu?'. Namun saya masih tidak mengakuinya.
Van der Meyde bercakap tentang isunya di Everton:
"Ianya kerana banyak sebab. Saya tinggalkan isteri dan anak-anak kerana mereka tidak berada di England dan saya jatuh cinta pada orang lain. Saya ada masalah dengan bekas teman wanita dan anak kecil saya sakit. Saya ada masalah dengan David Moyes dan itu semua adalah silap saya kerana saya membuat pilihan yang salah. Dan pada ketika saya tidak berfikiran waras"
Van der Meyde dengan alkohol:
"Saya tidak cerita pada sesiapa. Saya hanya menopeng muka dan berpura-pura bahawa semuanya ok. Saya bukanlah seorang yang akan menceritakan masalah pada orang lain. Everton membeli saya ketika saya cedera tetapi saya bermain dengan bagus dalam enam perlawanan selepas itu. Tetapi sebelum perlawanan menentang Manchester United, saya tercedera dan perlu direhatkan selama enam bulan. Dan dalam enam bulan itulah saya tidak menjalani kehupan seperti yang sepatutnya. Bagi saya ianya (alkohol) merupakan satu jalan keluar dan untuk tidak memikirkan tentang masalah saya. Saya boleh buat apa yang saya mahu, saya ada banyak wang, saya boleh beli apa saja dan saya juga boleh dapat perempuan yang saya mahu. Ianya memang mudah. Kemudian, anda boleh terkeluar dari landasan dengan sangat cepat kerana ianya tiada had dan anda boleh buat apa saja yang anda mahu. Bagi saya ianya tentang pergi keluar dan minum (alkohol), dan tidak memikirkan tentang realiti"
Van der Meyde bercakap tentang dadah:
"Saya tidak mengambil dadah selama saya bermain dengan Everton. Ianya bermula selepas saya tinggal di Liverpool satu tahun lagi dan tidak mempunyai kelab. Saya tinggal di sana seorang diri bersama seorang rakan dan kami hanya keluar dan mengambil dadah.
Van der Meyde bercakap tentang kuda belang:
"Saya ingin bermain untuk Monaco sebelum menandatangani kontrak dengan Everton tetapi bekas isteri saya gemar dengan pelbagai jenis haiwan. Saya suka anjing atau yang lain tetapi ia sangat berbeza dengan apa yang dia mahukan - kuda belang dan sebagainya. Jika saya pergi ke sana, saya boleh dapat banyak wang kerana saya tidak perlu bayar cukai. Saya menelefon isteri dan berkata 'hei, mereka hanya ada apartmen di sana dan kamu tidak boleh memiliki kuda belang di flat, kamu kena tinggalkan mereka di rumah'. Itu bukanlah kegemarannya maka kami memilih untuk pergi ke Liverpool.
Van der Meyde kembali ke pangkal jalan:
"Ianya selepas satu malam berparti dan saya terbangun dan berfikir tentang diri bahawa saya hanya muda, 30 tahun, dan berfikir kehidupan ini tidak bagus untuk saya dan saya ingin kembali ke Amsterdam untuk bersama-sama dengan keluarga, ibu dan saudara mara, dan saya dapat bermain bola sepak kembali. Saya bercakap dengan agen saya dan memberitahunya saya perlu keluar dari semua ini kerana jika saya kekal di sini, saya mungkin akan mati. Saya ingin kembali ke Amsterdam dan dia mengurusnya dan saya boleh berlatih dengan Ajax. Dia membuat satu panggilan dan hari berikutnya saya kembali di Amsterdam."
Van der Meyde bercakap tentang penyesalannya:
"Saya seorang yang bodoh dan kadangkala saya menipu di atas katil dan berfikir mengenainya, 'Andy, anda seorang pemain yang bagus'. Pada satu ketika, saya berada sesaat di belakang Luis Figo sebagai pemain sayap terbaik di Eropah dan kadangkala saya berfikir saya sia-siakannya. Ini merupakan satu pengajaran buat saya dan sekarang saya mahu menolong para pemain lain dan membantu mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama denga apa yang telah saya lakukan:
'Wated' merupakan siaran langsung di BBC Radio 5 yang mempunyai dua bahagian istimewa. Siaran pertama ini dilangsungkan pada 8 Januari 2013 manakala siaran bahagian kedua akan disiarkan pada 9 Januari 2013.
sumber: BBC UK

0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...