Saturday, January 12, 2013

Liverpool minta maaf silap letak video berbaur perkauman

Sorotan insiden perkauman Suarez dan Evra
LIVERPOOL: Liverpool memohon maaf selepas video mengenai dakwaan penyokong kelab itu bertindak menunjukkan isyarat berbaur perkauman terpampang di laman web mereka.

Insiden itu dapat dilihat menerusi video sorotan perlawanan Piala FA dengan Manchester United, Sabtu lalu yang masih boleh ditonton lebih 48 jam selepas perlawanan.

Menurut jurucakap Liverpool FC: “Kami boleh mengesahkan visual itu secara tidak sengaja dimasukkan dalam kandungan aksi menarik perlawanan yang disiarkan dalam laman web.

“Ia sepatutnya tidak boleh ditayangkan dan kami memohon maaf atas apa yang berlaku.” Jurucakap itu menambah: “Kami segera membuang visual itu sebaik menyedarinya.” Perlawanan Piala FA itu adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak insiden membabitkan Patrice Evra dan Luis Suarez di Anfield Oktober lalu. - Agensi (Sumber: myMetro)

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger