Tuesday, January 1, 2013

Mancini tak tahu bersyukur?

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini
Selepas gagal mengikat pemain sensasi Manchester United, Robin Van Persie, ketika awal musim lalu, akhirnya pengurus Manchester City, Mancini, akui akan kesukaran pasukannya mengekalkan kejuaraan liga tanpa RVP.

Laporan dalam laman web skysports.com melaporkan betapa Mancini idamkan RVP. Mancini berkata "kami iginkan Van Persie kerana kami tahu bahawa dia akan menjadi pemain yang penting. Dia sangat berbeza dari para penyerang lain. Saya merasakan Van Persie sangat penting untuk United sekarang. Sangat jelas bahawa dia telah mengubah situasi"

Sejak kebelakangan ini, Mancini sering mengeluh akan persembahan para penyerang pasukannya seperti Sergio Aguero, Carlos Tevez, Edin Dzeko, dan Mario Balotelli termasuklah ketika pasukan City tewas mengejut di tangan Sunderland minggu lalu.

Mancini menambah, "saya sangat gembira. Musim lalu kami adalah pasukan paling banyak menjaringkan gol di dalam Liga Perdana. Tetapi bila anda boleh memperbaiki pasukan dengan menambah pemain terbaik, ia adalah penting. Dengan adanya Van Persie, kami mungkin boleh bermain dengan tiga penyerang sekaligus".

Kata-kata Mancini ini banyak mengundang reaksi negatif penyokong bola sepak yang mengatakan Mancini sebagai tidak tahu bersyukur. Walaupun memiliki skuad termahal yang dibarisi pemain ternama dan mempunyai bajet tanpa had untuk membeli pemain, Mancini masih lagi mengeluh ekoran kegagalan memikat Van Persie.

Antara komen-komen peminat:


Sumber: skysports.com

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger