Tuesday, January 8, 2013

Sanggup sediakan bas percuma demi penyokong

Pengurus Yeovil Town, Gary Johnson
Kat Malaysia ini ada korang pernah dengar tak sesebuah kelab pasukan itu sediakan bas percuma untuk penyokong-penyokong mereka?

Senario ini memang berlaku di England. Kelab bola sepak liga Conference, liga bawahan bola sepak Inggeris, pengurus pasukan Yeovil Town telah mengambil inisiatif dengan menyediakan bas percuma kepada penyokong-penyokong mereka. Sekitar 10 buah bas telah disediakan untuk membawa 700 hingga 800 penyokong Yeovil Town berkunjung ke laman Leyton Orient. Dua pasukan ini akan berentap dalam saingan merebut Piala JP (JP Trophy) di peringkat separuh akhir.

Pengurus pasukan Yeovil, Gary Johnson, berkata, " kadangkala anda perlu memberi semula. Saya tahu jika saya memulakan perkara ini, ramai yang akan menyusul. Hanya tiga perlawanan lagi yang perlu kami lalui untuk pergi ke final di Wembley".

Katanya dalam BBC Points West lagi, " Dalam Divisyen Dua dan Conference, kami boleh menarik sekitar lima, enam dan tujuh ribu penonton setiap minggu. Saya tahu negara kini menghadapi kemelesetan ekonomi, tetapi pada masa yang sama ia tidak akan menghalang anda untuk mendorong orang ramai datang menonton perlawanan bola sepak. Tetapi anda juga harus memberi mereka nilai wang dan dengan memberikan mereka bas percuma, ia semestinya akan menjimatkan wang mereka"

Budi baik akan dibalas baik. Harapnya karma berlaku adil kali ini. All the best untuk Yeovil Town. Siapa sangka, mungkin suatu hari nanti pasukan ini akan berada di Liga Perdana Inggeris.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger