Saturday, January 5, 2013

Jurukamera macam 'serigala' di luar padang latihan - Ferguson

Sir Alex Ferguson, manager of Manchester United
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa kehadiran jurukamera semasa sesi latihan merupakan sesuatu yang mengarut dan akan menyebabkan para jurulatih sukar menumpukan kepada kerja mereka.

Pengurus United itu berkata bahawa mereka telah mengambil tindakan untuk mengelakkan situasi-situasi sedemikian walaupun kadangkala terdapat juga beberapa jurukamera yang hadir di beberapa sesi latihan mereka untuk mencari cerita-cerita baru. Ferguson juga dengan selamba mengatakan mereka sebagai 'serigala' di luar padang.

Kenyataan Ferguson ini dikeluarkan selepas insiden 'pergelutan' di padang latihan antara pengurus Manchester City, Roberto Mancini dan penyerangnya Mario Balotelli.


Sumber: bbc.co.uk

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger