Setiausaha Agung FAM |
Friday, November 14, 2014
Rayu sokongan di sebalik aksi lembik Harimau Malaya
Wednesday, November 12, 2014
Bekas pemain Liverpool, Hadji Diouf sertai Sabah
BEKAS bintang The Reds, El Hadji Diouf sah menyertai pasukan Sabah bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Difahamkan, dia baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam dan disambut Pengarah Teknikal Sabah, George O’ Callaghan.
Bekas pemain kebangsaan Senegal kemudian dibawa meninjau sesi latihan skuad Sabah Rhino itu di Likas dan dijangka menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dalam masa terdekat.
Selain Diouf, Sabah juga mengintai pemain pertahanan dari Brazil, Ricarte Dos Santos dan cuba merekrut bekas penyerang kelab Brunei DPMM FC, Roy Simon Donovan. -Sinarharian
Anak David Beckham, Brooklyn Wakili Arsenal
BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.
Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.
Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.
Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.
Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.
Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.
Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.
David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.
Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.
Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal. - mstar
Monday, November 3, 2014
Van Gaal Gelar Smalling Bodoh
LOUIS VAN GAAL menggelar Chris Smalling sebagai bodoh apabila dilayangkan kad merah sekaligus menyebabkan Manchester United tewas 1-0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Ahad.
Kekalahan yang membawa United menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 13 mata merupakan permulaan terburuk pasukan itu dalam tempoh 28 tahun.
Smalling digelar bodoh apabila menerima kad kuning pertama selepas tujuh minit permainan bermula sebelum dilayangkan kad merah tanpa sempat babak pertama tamat.
Kad kuning pertama diberikan kerana Smalling menghalang penjaga gol City, Joe Hart manakala kad kuning kedua berserta kad merah dilayangkan pada minit ke-39 apabila dia menjatuhkan James Milner.
Van Gaal mendedahkan, Smalling telah memohon maaf kepada rakan sepasukan tetapi pertahanan itu sepatutnya tahu adalah lebih baik dia tidak dilayangkan kad kuning kerana tindakan bodoh tersebut.
"Ia (kad merah) telah memberi kesan kepada pasukan lawan, juga kepada kami.
"Walaupun bermain dengan 10 pemain, tetapi mereka telah bermain dengan lebih baik berbanding babak pertama. Itulah semangat berpasukan.
"Dibuang padang bukan perkara pokok. Sebagai pemain kamu perlu mengawal sikap agresif dalam perlawanan seperti ini," jelasnya.
Van Gaal memberitahu, sebagai pemain, Smalling sepatutnya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima kad kuning pertama.
"Bagi kad kuning pertama saya tidak peduli, tetapi kad kuning kedua itu bodoh," ujarnya. - mstar
Sunday, November 2, 2014
#FinalPialaMalaysia: Tewas kepada Pahang, Hodak salahkan pemain dan padang
KUALA LUMPUR: Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak akur kekalahan di pentas final kepada Pahang, namun tetap menyalahkan anak buahnya gagal menyempurnakan peluang terhidang.
JDT tumbang menerusi penentuan penalti 5-3 kepada Pahang selepas perlawanan berakhir 2-2 pada masa sebenar dan berlanjutan hingga masa tambahan.
Lebih mengecewakan, JDT beraksi dengan kelebihan seorang pemain ketika masa permainan berbaki 30 minit sebelum bersambung ke masa tambahan selepas pemain Pahang, Mohd Saiful Nizam dikenakan kad merah.
"Memang kecewa dengan kekalahan seperti ini kerana pemain tidak memanfaat sepenuhnya peluang yang kami miliki.
"Kami jelas menguasai permainan, bermain lebih baik, berhak menang kerana memiliki dua peluang yang mengenai tiang sepanjang perlawanan.
"Selain itu, Pahang juga boleh dianggap bernasib baik kerana menang dengan penentuan gol," kata Hodak yang turut mengkritik keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggap cantik sekadar di mata. - bharian
Wednesday, October 29, 2014
Tony Fernandes muat naik gambar parodi tanpa baju
Adel Taarabt balas balik kenyataan Redknapp (via worldsoccertalk.com) |
Tuesday, October 28, 2014
Luahan Tony Fernandes kenapa dia akan tinggalkan kelab QPR
PENGERUSI Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes mengakui akan mengundurkan diri daripada kelab berkenaan sekiranya peminat inginkannya meninggalkan kelab.
Fernandes yang menjual pasukan Caterham Formula 1 Julai lalu, turut menulis mengenai pengundurannya daripada kelab di laman Twitternya.
“Ketua yang baik seharusnya tahu apabila tiba masa untuk berundur. Sampai masanya saya tinggalkan Caterham F1. Begitu juga QPR dan AirAsia, peminat dan staf yang akan menentukannya,” katanya.
Selain itu, dia juga memohon maaf kepada peminat berkenaan isu yang melanda pengurus pasukan, Harry Redknapp dan penyerang, Adel Taarabt baru-baru ini.
Pengurus pasukan tersebut mengkritik Taarabt secara terbuka dengan menyifatkan pemain tersebut sebagai pemalas ketika menjawab persoalan tidak menurunkan penyerang tersebut dalam perlawanan menentang Liverpool di Lofftus Road.
QPR kini berada di tangga terakhir liga selepas hanya memperoleh 1 kemenangan daripada lapan perlawanan, termasuk kekalahan 3-2 ketika menentang Liverpool.
Malam ini, QPR sekali lagi menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang Aston Villa. - SinarHarian
Wednesday, October 22, 2014
(VIDEO) Pemain bola sepak maut selepas meraikan gol
Monday, October 20, 2014
Tunku Mahkota Johor dan Khaleeda nikah Jumaat ini
Sunday, October 19, 2014
Liga Perdana Inggeris: Pengurus Southampton terkejut selepas belasah Sunderland 8-0
Para pemain Southampton berpesta gol ketika menentang Sunderland |
Saturday, October 18, 2014
Cakap-cakap: Dani Alves setuju untuk berpindah ke Manchester United dari Barcelona
Dani Alves (Foto: TeamTalk) |
TMJ Tendang tiang bendera penjuru sabagai tanda merai kemenangan JDT
Aksi TMJ menendang tiang bendara menjadi voral (Foto: Internet) |
Tengku Mahkota Johor |
Pemain JDT meraikan gol kemenangan ke atas Terengganu (Foto: Bernama) |
Friday, October 17, 2014
Respons TMJ Berkaitan Aksi Tendang Corner Flag
Aksi TMJ tendang corner flag |
Keputusan Piala Malaysia: JDT tewaskan Terengganu, melangkah ke separuh akhir
Safiq meraikan gol bersama rakan sepasuka (Foto: Bernama) |
Thursday, October 16, 2014
Kemelut PBSNT dan PBNJ buatkan pemain pertahanan Terengganu tawar hati dengan tawaran masuk JDT
Mohd Zubir (pic via TTD) |
Luis Suarez terima anugerah Kasut Emas
Dalglish menyampaikan Kasut Emas kepada Suarez (via teamtalk) |
Wednesday, October 15, 2014
5 Sebab kenapa prestasi Liverpool hambar musim ini
100 tiket saja...baik tak payah! - Terengganu kecewa dengan Johor
Arpin menunjukkan surat rayuan |
Monday, October 13, 2014
Kelayakan EURO 2016: Juara Piala Dunia, Jerman akhirnya tewas di tangan Poland
Para pemain Poland meraikan gol menewaskan Jerman (via RTE Sport) |
Poland yang hanya menyumbat satu gol dalam enam pertembungan sebelum ini dan tewas 12 daripada 18 perlawanan sama ada menentang Jerman atau Jerman Barat kini mengungguli kedudukan teratas Kumpulan D dengan enam mata bersama Ireland.
Jerman yang tidak pernah tumpas di gelanggang lawan pada pusingan kelayakan tidak kira dalam kempen Piala Dunia atau Euro sejak 1998 kini menduduki tangga ketiga dengan tiga mata selepas dua perlawanan.
Dengan menyarung jersi berwarna hitam berbelang merah sama seperti ketika mereka membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia Julai lalu, Jerman berjaya mengawal permainan bagaimanapun mereka banyak mensia-siakan peluang.
"Sememangnya kami amat kecewa," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew. "Namun saya tidak boleh mengulas banyak mengenai pasukan. Apa yang ketara kami gagal menggunakan peluang pada babak pertama.
"Pada babak kedua juga kami bermain baik dan mencipta banyak peluang namun Poland yang berjaya menjaringkan gol menerusi percubaan bahaya pertama mereka," kata Loew.
Jerman turun beraksi di stadium yang menyaksikan mereka kalah 1-2 kepada Itali pada separuh akhir Euro 2012 dan mereka bergelut untuk menembusi kekebalan pertahanan Poland yang mendapat sokongan 57,000 penyokong.
Pemain pertahanan tengah tinggi lampai Kamil Glik dan Lukasz Szukala berjaya mengekang segala asakan bola tinggi daripada Mats Hummels yang beraksi buat kali pertama sejak final Piala Dunia. - hmetro
Fuyoo! Burung kaka tua milik Radamel Falcao ini akan bersorak bila Falcao menjaringkan gol..tengoklah
Falcao ada membela seekor burung kakak tua |
Tuesday, September 30, 2014
Pemain Chelsea rasa ditipu oleh kelab sendiri
Ryan Bertrand |
Walaupun dia disenaraikan bermain ketika kelab itu menjuarai piala Liga Juara-Juara pada 2012, kerjayanya kemudian malap kerana kurang digunakan pengurus. Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol pertamanya untuk kelab terkini, Southampton pada Sabtu lalu.
Semalam secara terbuka Bertrand berkata, dia berasa seperti ditipu dengan dasar diamalkan Chelsea. “Ia semakin jelas ketika saya dipinjamkan ke Aston Villa pada musim lalu. “Saya dapat bermain antara 15 hingga 30 kali bagi semusim sehinggalah keadaan menjadi buntu dan saya mula bimbang. “Sebelumnya saya dibenarkan berpindah ke kelab lain tetapi dinasihatkan supaya bersabar. “Semuanya terjadi di depan mata dan ada beberapa perkara yang tidak masuk akal berdasarkan pandangan orang ramai terhadap saya. “Apa yang saya mahukan adalah kejujuran,” katanya.
Bertrand menyertai Southampton musim lalu selepas kelab itu mengalami perpindahan besar-besaran pemainnya. Kini Bertrand berharap dia dilepaskan oleh Chelsea untuk mewakili Southampton sepenuhnya. “Secara peribadi, saya dan Southampton memiliki banyak persamaan. Kami sama-sama berjuang untuk kejayaan,” katanya.
Sumber : mstar.com.my
Wednesday, September 24, 2014
Ini dia 'rahsia' di sebalik kejayaan Leicester City membelasah Manchester United
Mungkin ini sebabnya..menurut laporan Metro UK, sekumpulan sami Buddha yang diterbangkan khas dari Thailand oleh pemilik kelab iaitu Vichai Srivaddhanaprabha, telah memberi restu kepada pasukan tuan rumah itu. Menurut laporan itu lagi, sebelum ini para sami tersebut juga telah melakukan ritual keagamaan di sekitar stadium untuk tujuan 'good luck'..
Pengurus Leicester City, Nigel Pearson berpeluk dengan sami Buddha dari Thailand (via Metro UK) |
Sunday, August 24, 2014
Giliran David Moyes buat cabaran Ice Bucket...memang terbaek!!
Reaksi David Moyes selepas disimbah ais memang terbaek!! lepas ni gua nak tengok si Alex Ferguson pulak kena simbah ais..
Aaaaahhh |
Wednesday, August 13, 2014
Lampard mamakai jersi Manchester City buatkan ramai peminat Chelsea patah hati
Ketika ini, Lampard sudah mengikat kontrak baru bersama pasukan New York City FC yang bermain di liga MLS Amerika Syarikat. Namun dia mengejutkan banyak peminatnya selepas berpindah semula ke saingan EPL tapi dengan kelab pesaing, Manchester City secara pinjaman untuk musim 2014/15 ini.
Fixed it. #CFC #Chelsea #Lampard #MCFC pic.twitter.com/9RZQEVboI2
— BlueChampion (@BlueChampion) August 12, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Beginilah rupa Ronaldo, Benzema dan Bale kalau mereka gemuk gedompol
Comel..teringat pula gua dengan kartun dulu-dulu, Yokies.
Saturday, August 9, 2014
Persatuan Bola Sepak Selangor main kotor dan masih banyak masalah dalaman rupanya
“Sebenarnya permainan kotor ini berlaku dalam FAS sejak tiga penggal lalu. Sepatutnya kami diberi kebebasan untuk memilih calon paling layak mengisi jawatan tertinggi FAS, namun hak kami selaku ahli gabungan disekat pihak tertentu yang tidak mahu perubahan dalam persatuan.
“Sebab itulah pada pemilihan kongres lalu, FAS sering mengumumkan tiada pencalonan bagi merebut kerusi Timbalan Presiden, sedangkan sebenarnya wujud salah guna kuasa individu tertentu dalam FAS.
“Hasilnya boleh dilihat dalam tiga penggal dulu, berapa kalikah Selangor dapat muncul juara? Padahal, Selangor sebuah pasukan ternama yang mempunyai tradisi hebat dalam saingan liga tempatan, tapi kini kami jauh ketinggalan di belakang pasukan seperti Kelantan, Johor Darul Ta’zim dan Pahang.
“Kali ini, mereka buat hal lagi dengan menghalang kami daripada mengisi nama calon untuk sesuatu jawatan. Mereka sekadar minta kami tandatangan dan cop pada borang saja dan membiarkan nama calon kosong,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Menurut Khairil, pihaknya yang mendapat sokongan beberapa bekas pemain skuad The Red Giants tidak akan berdiam diri kali ini apabila merancang mengadakan demonstrasi aman di depan Pejabat FAS bagi menuntut diadakan pemilihan adil pada sesi kongres kali ini.
“InsyaAllah pada petang Selasa ini, kami akan mengadakan bantahan secara aman di Wisma FAS bagi menuntut keadilan. Kami penyokong dan rakyat Selangor mahukan perubahan dalam tampuk kepimpinan FAS,” katanya.
Sementara itu, jurucakap kelab Selangor Fanatik Khairul Azwan Anuar pula berkata, difahamkan FAS bakal menjual empat pemain utama skuad Merah Kuning kepada Johor Darul Ta’zim pada musim depan.
Mereka membabitkan ketua pasukan Mohd Bunyamin Umar, Thamil Arasu, S Kunalan dan S Vinod.
“Baru-baru ini, FAS sudah mendapatkan tandatangan Paulo Rangel, tetapi mengapa pula empat pemain utama Selangor ini menjadi mangsa dengan dijual? “Di mana kesungguhan FAS mempertahankan pemain tempatan untuk beraksi bersama pasukan. Lagipun, saya tidak rasa duit daripada penjualan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya pasukan Selangor kerana sebenarnya banyak lagi masalah dalaman yang berlaku, tapi tidak didedahkan,” katanya. - hmetro
Friday, August 8, 2014
Berpijaklah di bumi yang nyata wahai Harimau Malaya
Menurut bekas pemain tengah negara itu, Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) yang terlalu tinggi diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Dollah dikhuatiri boleh memberi tekanan kepada pasukan negara yang kini berada di Tajikistan bagi menghadapi aksi persahabatan bertemu skuad kebangsaan negara itu malam ini.
“Cakap memang senang, tapi adakah pasukan kita memiliki kualiti diperlukan itu? Kalau nak pasang niat tiada masalah, tapi kita perlu sedar di mana pasukan negara berada.
“Saya bukan mahu bersikap negatif, tapi ini pandangan ikhlas saya.
Kalau masih berada di takuk sama dan sikap pemain tidak berubah, saya rasa kita tidak mampu pergi jauh malah kemungkinan kita terkandas awal tetap ada.
“Lagipun, rekod pertemuan kita dengan Singapura dan Thailand tidak begitu baik, malah sering tewas setiap kali bertemu dalam aksi penting,” katanya ketika dihubungi semalam.
Skuad Dollah diletakkan sekumpulan dengan dua pasukan kuat, Singapura dan Thailand yang pernah menjulang mahkota itu lebih daripada sekali berbanding Malaysia hanya sekali pada 2010.
Singapura yang akan tampil selaku juara bertahan selepas muncul juara dua tahun lalu apabila menghampakan Thailand 3-2 di final melengkapkan status selaku pasukan paling digeruni dengan menjuarai piala itu empat kali (1998, 2004, 2007, 2012) manakala Thailand tiga kali (1996, 2000, 2002).
Pasukan Harimau Malaya sedang berlatih untuk Piala AFF |
“Dollah perlu ubah dan yang pasti taktikal yang akan digunakan nanti mesti berbeza.
Jangan amalkan gaya permainan bertahan yang sering digunakan jurulatih sebelum ini,” katanya.
Laluan skuad kebangsaan juga bertambah sukar apabila selain Singapura dan Thailand, satu lagi slot Kumpulan B kemungkinan menjadi milik Myanmar yang menjadi pasukan pilihan menjuarai pusingan kelayakan. - hmetro