Sunday, January 12, 2014

JDT jadi contoh untuk kelab lain sekiranya mahu menarik lebih ramai peminat

Beberapa hari lagi, kancah Liga Super dan Liga Perdana bakal membuka tirai dan yang pasti semua pasukan sudah mempunyai misi dan visi masing-masing. Saya tertarik pula dengan satu artikel yang disiarkan oleh myMetro hari ini yang bertajuk "Aimar bagaikan magnet". 



Magnet apakah yang dimaksudkan? Pastinya ia merujuk kepada keupayaan pemain itu untuk menarik perhatian banyak orang terutamanya penyokong JDT melalui skill dan populariti yang ada pada diri beliau. Sekiranya anda ini datang dari generasi peminat bola sepak zaman 90an hingga awal alaf 2000, maka pastinya anda tahu dan sedar betapa popularnya pemain bernama Aimar ini. Sebelum ini, Aimar pernah bermain untuk kelab River Plate sebelum berpindah ke Valencia, Real Zaragoza, Benfica, dan kini bersama Johor Darul Takzim. Selain cemerlang dengan pasukan kelab, Aimar juga telah membuat 50 kemunculan sepanjang karier bersama skuad kebangsaannya, Argentina.

Sebelum Aimar, JDT juga pernah mengikat pemain kebangsaan Sepanyol, Daniel Guiza yang turut menjulang trofi EURO 2008. Satu pencapaian yang sangat cemerlang untuk seseorang pemain. Melaui kehadiran pemain import ternama seperti mereka, nampaknya JDT kini semakin menapak di hati peminat bukan sahaja dari segi kepopularan pemain malah juga dari segi peningkatan prestasi hasil dari pembelian pemain berkualiti.


Hal ini sepatutnya menjadi contoh kepada pasukan lain di negara ini sekiranya mahu menarik lebih ramai peminat untuk datang ke stadium mereka. Keadaan seperti ini boleh lah dibandingkan dengan konsert artis antarabangsa yang datang ke negara kita. Kalau kita bandingkan, konsert penyanyi antarabangsa jauh lebih mendapat sambutan berbanding konsert oleh artis tanah air. 

Tengok saja lah penangan Aimar ketika JDT bertemu dengan Melaka lalu. Itu baru perlawanan persahabatan saja tapi stadium sudah dipenuhi penonton. Salah satu sebab sudah pasti  kerana mahu melihat aksi Pablo Aimar.

Dia kan femes...jadi kalau femes, pasti ramai yang nak tengok dia main. Cuba kalau pasukan Pahang atau Sabah beli pemain femes seperti Fernando Torres, pasti tiket akan sold out setiap kali perlawanan. Tapi kita pun maklum yang kebanyakkn kelab tempatan ini manalah banyak duit nak beli pemain mahal macam mereka. Nak bayar gaji pemain tempatan pun masih banyak yang tangguh-tangguh. Sebab itu kena usaha lebih untuk dapatkan lebih banyak penajaan. 


Oh ya, gua pun tertanya-tanya juga kenapa si Vincent Tan tak beli saja salah satu pasukan tempatan kat Malaysia ini dan memajukan pasukan tersebut macam Cardiff City? Dia kan banyak duit..lepas tu ambik Ole Gunnar sebagai jurulatih. Confirm banyak yang akan turun tengok. 

P/s: Yang pasti, banyak faktor yang akan menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Kalau ada pemain import yang terkenal sekali pun tapi tak mampu memenangi sebarang kejuaraan, ia akan buat fans sakit hati juga..hehe


0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger