Tuesday, January 21, 2014

Alex Ferguson dah bersedia di luar stadium Manchester United..in case..

Nampknya pengurus baru Manchester United masih lagi tak habis-habis dibayangi oleh kelibat bekas pengurus tersohor United, Sir Alex Ferguson. Kekalahan United di tangan Chelsea Ahad lepas nyata sudah diduga dan kini posisi Moyes semakin rapuh. Dengan prestasi hambar ini, Moyes juga tak lekang dari dikenakan 'troll' oleh pelbagai pihak tak kira pemain bola sendiri atau peminat bola bukan sahaja peminat United sendiri malah juga peminat lawan. Terdahulu dalam entri bertajuk Moyes nak balik Goodison Park ini, gambar Moyes yang diedit menunjukkan dia sedang menunggu teksi untuk balik ke Everton.

Terbaru, syarikat PaddyPower pula buat troll untuk Manchester United. Mereka telah meletakkan replika Sir Alex Ferguson di hadapan stadium Old Trafford dengan caption 'In Case of Emergency Break Glass'. Apa tujuan mereka? sudah pastinya untuk menunjukkan rasa kurang puas hati dengan pengurusan Moyes serta prestasi United yang semakin hambar yang kini menduduki tangga ke-7 liga.  PaddyPower turut meramalkan bahawa Moyes akan dibuang sebelum epl musim ini tamat dan bakal digantikan semula oleh Alex Ferguson.




Tapi itu semua sekadar ramalan..Mourinho pun ada cakap yang banyak 'orang dalam' United sendiri kurang puas hati dengan Moyes. Adakah itu petanda? hohoho...kesian Moyes, teringat pula gua dengan troll Kangkung Najib..

Replika Alex Ferguson sedang dikeluarkan

Oh ya, sebelum mengakhiri entri ini, gua nak bagitau korang yang teringin nak pergi tengok secara LIVE perlawanan World Cup di Brazil pada pertengahan tahun ini. Memang mahal kalau guna duit sendiri pergi sana tapi kalau korang nak pergi juga, elok terjah dulu tawaran hebat dari Maybank ini. Siapa tahu, dengan RM100 saja, korang akan dapat pergi tengok World Cup nanti..layari laman web Maybank sekarang.

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger