Pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City, iaitu Vincent Tan nampaknya makin menjadi-jadi dengan perangai peliknya. Mula-mula dulu, dia tukar warna rasmi pasukan dari biru kepada warna merah. Lepas tu, dia pecat ketua bahagian jual beli pemain dan ambik kawan karib anaknya yang baru berusia sekitar 23 tahun sebagai pengganti.
Tan Sri Vincent Tan |
Terbaru seperti yang dilaporkan Metro UK pula, bilionaire dari Malaysia ini mahu pastikan bahawa setiap pemain yang dibeli pada tingkap perpindahan Januari ini mesti mempunyai nombor 8 dalam tarikh lahirnya. Contohnya, 8 Januari 1988 atau 18 Ogos 1980. Asalkan ada nombor 8 kot..
Dalam kepercayaan Budhism, nombor 8 dikatakan sebagai nombor bertuah terutama bagi masyarakat Cina di Malaysia. Vincent Tan mahu melaksanakannya bersempena Tahun Baru Cina yang bakal diraikan pada penghujung bulan Januari ini.
Kalau lah aku ni sorang pemain bola sepak bertaraf Lionel Messi, sudah pasti akan disambar Cardiff sebab gua lahir pada 1988...hohoho..
0 comments:
Post a Comment
Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...