Saturday, January 11, 2014

Ini dia calon jurulatih paling hebat untuk Harimau Malaya

Kegagalan demi kegagalan sering ditempuhi oleh skuad bola sepak negara..ada kalanya prestasi mereka sangat baik tapi ia hanya di tahap Asia Tenggara. Nak melepasi tahap itu tampak sukar. Nak layak ke Piala Asia 2015 pun tinggal bayangan jer apa lagi nak layak ke Piala Dunia. Bukan tak patriotik atau merendah-rendahkan skuad kebangsaan, cuma melihat kepada realiti sebenar.

Troussier

Selepas Datuk K.Rajagobal, FAM kini dalam usaha mendapatkan khidmat seorang jurulatih import baru yang kalau dilihat prestasinya di peringkat antarabangsa, boleh lah dikatakan cemerlang. Warga Perancis, Philippe Omar Troussier, memiliki rekod baik dan pernah membimbing pasukan kebangsaan  Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Qatar dan Jepun, selain membimbing pasukan kelab seperti Marseille, FC Ryukyu dan Shenzen Ruby. 


Namun sejauh manakah peluang FAM untuk mendapatkan khidmat Troussier? Dengar kata, Tunisia juga berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. Tunisia ini rankingnya jauh lebih baik iaitu di tangga ke 48 berbanding Malaysia di tangga ke 154.

Kalau lah FAM gagal tarik Troussier, siapa lagi agaknya yang akan jadi sasaran untuk dijadikan jurulatih Harimau Malaya...mungkin Alex Ferguson kot...hoho

0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger