Saturday, January 4, 2014

Pemain dipecat gara-gara ponteng perlawanan kerana menghadiri pesta mandi lumpur

Kelab Bulgaria, Lokomotiv Sofia telah memecat pemain tengah mereka, Martin Dimitrov kerana didapati ponteng perlawanan semata-mata untuk menghadiri pesta mandi lumpur seperti dilaporkan Metro UK.

Pengurus kelab, Stefan Genov mengumumkan kepada media selepas Dimitrov 'hilang' dari pasukan semasa pasukan itu menentang pasukan teratas liga, Ludogorets. Sofia tewas 4-0 dalam perlawanan tersebut.


Ketika ditanya, Dimitrov menafikan akan dakwaan tersebut dan akan mengemukakan rayuan supaya pembatalan kontraknya dengan kelab tersebut dapat ditarik semula.

Nah...beginilah keadaannya pesta mandi lumpur..yakk!!



0 comments:

Post a Comment

Setiap komen akan memberi backlink kepada anda. Sila komen pakai otak manusia yer...

Cerita Blogger